Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hangar dalam pembinaan runtuh, lima terbunuh

KEADAAN hangar yang runtuh, semalam.
KEADAAN hangar yang runtuh, semalam.

Makassar: Sebuah hangar yang dalam pembinaan di Lapangan Terbang Sultan Hasanuddin di sini runtuh, menyebabkan lima orang terbunuh dan 12 lagi cedera parah.

Sehingga ini, pihak berkuasa Indonesia belum memberi butir lanjut mengenai punca kejadian.

Menurut seorang saksi, ia berlaku kira-kira 9.30 pagi (waktu tempatan) ketika pekerja melakukan pemasangan bahagian bumbung.

“Bangunan yang dalam pembinaan itu tiba-tiba senget lalu runtuh. Bahagian tengahnya patah,” kata saksi itu.

Jurucakap PT Akasa Pura Makassar yang bertanggungjawab terhadap projek berkenaan, Rio Hendarto semalam mengesahkan 17 pekerja cedera dalam kejadian itu dan lima daripada mereka meninggal dunia.

“Kami dengan kerjasama pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) melancarkan operasi menyelamat. Mangsa dihantar ke hospital,” kata Rio. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan