Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Dua Suspek Charlie Hebdo Dalam Senarai Larangan Ke AS

susspek
POLIS Perancis semalam mengedar gambar dua beradik yang disyaki suspek dalam serangan ke atas pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo di sini sambil melancarkan kempen supaya orang ramai menyalurkan maklumat. Polis Paris berkata, waran tangkap sudah dikeluarkan terhadap Cherif Kouachi, 32 (kiri) dan abangnya, Said, 34 yang dikatakan “mungkin bersenjata dan berbahaya”. – Foto AFP

 

WASHINGTON – Dua beradik yang dinamakan pihak berkuasa Perancis sebagai suspek utama serangan di pejabat akhbar Charlie Hebdo, kelmarin adalah dalam senarai larangan terbang ke Amerika Syarikat (AS).

Ia didedahkan oleh seorang pegawai kanan antipengganas AS mengenai status Cherif Kouachi, 32, dan abangnya Said Kouachi, 34.

Kedua-dua suspek juga disyaki pernah menyertai peperangan di negara Asia Barat dengan kumpulan militan.

Saksi berkata penyerang terbabit mendakwa mereka ada kaitan dengan rangkaian Al-Qaeda di Yaman.

Dalam kejadian kelmarin, 12 orang terbunuh apabila kumpulan lelaki bersenjata menyerang pejabat akhbar mingguan satira berkenaan. – AP

Komen


Berita Berkaitan