Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,795

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hampir 700 Ekor Ular Ditangkap Di Sabah Dalam Tempoh Tiga Bulan

8:15pm 21/04/2016 Pak Roshan 11775 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Ular tedung selar masuk enjin kereta di Sabah. (Gambar: JPAM Beaufort/Facebook)

Ular tedung selar masuk enjin kereta. (Gambar Arkib : JPAM Beaufort/Facebook)

KOTA KINABALU : Hampir 700 ekor ular pelbagai spesies ditangkap anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah di seluruh negeri ini darri Januari hingga Mac tahun ini.

Pengarah JPAM Sabah Kolonel (PA) Mulliadi Al-Hamdi Bin Ladin berkata antara ular yang ditangkap itu ialah ular tedung dan ular sawa.

“Ular ini ditangkap di luar dan dalam bangunan…ada yang ditangkap di dalam bilik tidur, atas siling, dalam dapur, dalam mangkok tandas, dalam kenderaan malah di dalam bonet (injin) kereta pun ada,” katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Mulliadi tidak menolak kemungkinan yang perubahan cuaca atau habibat menyebabkan haiwan berbisa itu berkeliaran.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 22 kes sengatan obor-obor dilaporkan di pantai Tanjung Aru di sini, berbanding 25 kes sepanjang tahun lepas.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan