Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hampir 40 ribu calon menduduki SPM di Sabah

2:36pm 02/11/2015 Ann Vivien 62 views Pendidikan,Tempatan
Jame sempat meramah mesra dengan calon sebelum menduduki peperiksaan SPM di SMK Likas awal pagi tadi.

Jame sempat meramah mesra dengan calon sebelum menduduki peperiksaan SPM di SMK Likas awal pagi tadi.

KOTA KINABALU : Seramai 39,862 calon menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 322 pusat seluruh Sabah bermula hari ini.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Jame Alip berkata, jumlah calon SPM tahun ini meningkat sebanyak 337 calon berbanding tahun lepas, selain menambah 10 pusat peperiksaan baharu.
“Seramai 32,274 calon adalah dari sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan serta sekolah agama.¬†Manakala, 5,321 dari calon persendirian, 1,411 calon dari sekolah swasta, 630 dari sekolah kelolaan agensi kerajaan dan 226 dari sekolah agama negeri,” katanya ketika ditemui semasa kunjungan beliau di SMK Likas hari ini.
Selain itu, Jame menegaskan bahawa pelaksanaan Prosedur Operasi Standard Peperiksaan (SOP-Standard Operating Procedure) perlu dipatuhi dalam mengurus setiap peperiksaan.
Calon menduduki peperiksaan SPM serentak di seluruh negara bermula 2 Nov hingga 8 Dis ini selaras dengan jadual waktu peperiksaan yang dikeluarkan.-Rezae Putri/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan