Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hampir 30,000 Keluarga Miskin Tegar Sabah Diberi Bantuan Myberas

beras

KOTA KINABALU : Seramai 29,073 keluarga miskin tegar di Sabah akan menerima bantuan 20 kilogram beras setiap bulan menerusi program MyBeras bermula 1 Mac depan sehingga akhir tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri berkata penerima bantuan berkenaan terdiri daripada keluarga miskin tegar yang disenaraikan dalam Sistem e-Kasih.

“Pelaksana bagi program MyBeras ialah BERNAS dengan bantuan Pejabat Daerah manakala kementerian saya membantu menyelaras dan memantau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Taklimat Khas Kawalan Terhadap Eksport Ikan Segar di Wisma Pertanian Sabah di sini, hari ini.

Turut hadir Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Negeri Datuk Haji Musbah Jamli, Pengerusi Sabah Fish Marketing Sdn Bhd (Safma) Datuk Jaujan Sambakong dan Setiausaha Tetap Kementerian Datuk Ujang Sulani.

Program MyBeras diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan pengubahsuaian Bajet 2016 pada 28 Jan lepas bertujuan mengurangkan beban hidup keluarga miskin berikutan kenaikan kos sara hidup.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan