Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

HAMPIR 3,000 PESERTA MERIAHKAN ACARA BERBASIKAL BERSAMA TYT

Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin (satu dari kiri) dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (tiga dari kiri) berbasikal seiring secara santai di Teluk Likas .Gambar SNT/Ehsan JKM

KOTA KINABALU: Acara “Berbasikal Bersama TYT” sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi ke-65 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin mendapat sambutan diluar jangkaan apabila hampir 3,000 peserta hadir di Taman Awam Teluk Likas, di sini hari ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Jadi Rasmi TYT 2018,  Datuk Jaujan Sambakong berkata malah antara yang hadir adalah peserta daripada Brunei Darussalam.

“Peserta yang hadir lebih daripada yang kita jangkakan malah sambutan sangat memuaskan… terima kasih kepada rakyat Sabah khususnya yang berada di sekitar Kota Kinabalu.

“Tahun depan kita akan meriahkan lagi dan berharap akan ada penyertaan daripada seluruh Sabah,” katanya kepada pemberita selepas acara itu, hari ini.

Jaujan turut mengalu-alukan sebarang cadangan agar acara berkenaan akan lebih meriah dan santai pada tahun depan.

Acara berbasikal sejauh enam kilometer itu bermula pada jam 7 pagi turut disertai Toh Puan Norlidah R. M Jasni isteri Yang Dipertua Negeri, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan menteri kabinet lain.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan