Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hampir 3 ribu orang meriahkan rumah terbuka Menteri Komunikasi

9:43pm 11/07/2016 Leolerry Lajius 43 views Tempatan
Salleh bersama isteri beliau memotong kek sempena hari lahir beliau sambil diperhatikan oleh Musa serta isteri.-Gambar Oleh Alex Mairin

Salleh bersama isteri beliau memotong kek sempena hari lahir beliau sambil diperhatikan oleh Musa serta isteri.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Lebih kurang 3000 orang hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr. Salleh Said Keruak dan Datin Seri Panglima Datuk Raya Erom.

Majlis berkenaan yang diadakan di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, di sini, semalam turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis terkenal tanah air.

Sempena majlis berkenaan sebanyak tiga buah rumah anak yatim turut menerima sumbangan iaitu Rumah Anak Yatim Kesayangan, Sembulan, Rumah Anak Yatim dan Asnaf As.Sakinah, Kinarut dan Rumah Anak Yatim HOME, Tuaran.

Pada majlis itu, Salleh turut meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-59 dan turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman serta pemimpin yang lain.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan