Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hampir 100 orang sertai HSN peringkat Kg. Telaga Pitas

9:34pm 10/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 64 views Sukan,Sukan Tempatan,Tempatan
PENDUDUK kampung memulakan acara jalan kaki 1,000 langkah sempena HSM peringkat Kampung Telaga Pitas, Sabtu lalu

PENDUDUK kampung memulakan acara jalan kaki 1,000 langkah sempena HSM peringkat Kampung Telaga Pitas, Sabtu lalu

PITAS: Kira- kira 100 orang penduduk Kampung Telaga Pitas hadir memeriahkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) yang diadakan di sekitar kawasan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Telaga, Edris Rusli berkata pelbagai aktiviti dianjurkan sempena sambutan berkenaan seperti Jalan 1,000 langkah, pertandingan futsal, senamrobik dan sebagainya.

“Sambutan seperti ini adalah satu inisiatif kerajaan yang proaktif untuk kita sama-sama merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan negara ini sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

“Semestinya, kami di peringkat kampung menyambut baik penganjuran Hari Sukan Negara ini bagi menggalakkan penduduk kampung membudayakan sukan sebagai suatu amalan gaya hidup yang sihat,” katanya.

Beliau berkata demikiam ketika berucap pada Sambutan Hari Sukan Negara peringkat Kampung, di sini Sabtu lepas.

Hadir sama Ketua Kampung Telaga, Pilen Arshad dan Timbalan JKKK, Naning Asang.

Selain itu, katanya, penganjuran program berkenaam juga dapat meningkatkan pengetahuan mengenai sukan sekaligus mengukuhkan semangat perpaduan dan kerjasama dalam kalangan mereka.

Katanya lagi, ia juga dapat menurunkan bilangan rakyat yang berisiko mengalami penyakit kronik dipelbagai peringkat umur akibat kurang aktiviti bersenam.

Disamping itu, beliau berharap agar program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memupuk semangat bersukan khususnya buat penduduk di kawasan kampung.-SayangSabah

PENDUDUK Kampung Telaga Pitas merakamkan gambar kenangan sebelum memulakan aktiviti senamrobik

PENDUDUK Kampung Telaga Pitas merakamkan gambar kenangan sebelum memulakan aktiviti senamrobik

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan