Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hamisa seru golongan wanita untuk terus memberi sokongan kepada BN

 

TAWAU – Rakyat khususnya golongan wanita diminta terus memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) bagi merealisasikan rancangan kerajaan memperkasa masa depan kaum hawa dalam semua bidang.

Calon BN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, memperkasa wanita sememangnya menjadi agenda utama kerajaan BN, malah dimasukkan dalam manisfesto sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

“BN merangka manifesto khas untuk memperkasakan golongan wanita, terutamanya dalam meningkatkan aspek ekonomi golongan yang disifatkan sebagai ‘ratu hati negaraku’ di Malaysia.

“Malah bagi memperkasakan kaum hawa di negara ini, BN menawarkan penubuhan Majlis Ekonomi Wanita (MEW) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada perasmian penutupan Kem Transformasi Minda Belia Daerah Tawau di Tawau hari ii.

Hamisa berkata, kesungguhan kerajaan BN memartabatkan wanita juga terbukti melalui pengumuman untuk menubuhkan Koperasi Wanita sebagai langkah membuka lebih banyak peluang kewangan dan ekonomi kepada kaum hawa.

“Melalui penubuhan koperasi khusus untuk wanita ini, mereka mempunyai lebih banyak pilihan untuk menyimpan atau membuat pinjaman mudah, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk wanita bergiat lebih aktif dalam membangunkan ekonomi keluarga dan negara,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya setiap kaum wanita di Sabah terus memberi sokongan kepada BN supaya agenda memperkasa golongan wanita yang terkandung dalam Manifesto BN untuk PRU-14 yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini terlaksana dengan cemerlang.

Katanya,¬†manifesto bertemakan ‘Bersama BN Hebatkan Negaraku’ itu menggariskan perancangan terperinci dalam memartabatkan golongan ibu dan wanita di negara ini.

Hamisa juga turut meminta golongan belia supaya membuat keputusan terbaik semasa membuat pilihan pada hari mengundi 9 Mei ini kerana sebarang kesilapan boleh membawa penyesalan kemudian hari.

Mengenai kem itu, beliau berkata ia dapat meningkatkan kefahaman golongan belia dalam bidang keusahawanan selain memperkenalkan dan mempertemukan usahawan belia kepada penyedia pinjaman kewangan.

Beliau berkata, inisiatif itu merangkumi pelbagai program termasuk kemahiran dan keusahawanan, usaha menjana ekonomi, langkah-langkah pendekatan dalam membendung gejala sosial, khidmat bimbingan, kemudahan dan sokongan bagi memperkasa golongan berkenaan.

“Namun, kejayaan dan kecemerlangan belia tidak bergantung kepada komitmen kerajaan semata-mata, tetapi golongan berkenaan perlu mempunyai semangat serta kesedaran tinggi untuk berubah bagi mencapai kejayaan,” katanya. /SayangSabah

Kenangan….Hamisa bergambar kenangan belia beliawanis Kem Transformasi Minda Belia daerah Tawau.

 

Komen


Berita Berkaitan