Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hamisa sambut baik tempatkan helikopter tempur di ESSZONE

2:30pm 24/07/2016 Leolerry Lajius 102 views Tempatan
Datuk Hamisa Samat

Datuk Hamisa Samat

TAWAU: Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah, Datuk Hamisa Samat menyambut baik cadangan supaya helikopter tempur ditempatkan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dalam usaha mempertingkatkan keselamatan di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, penempatan helikopter akan membolehkan kawalan dilakukan dengan lebih berkesan selain lebih pantas bertindak jika berlaku sesuatu kejadian tidak diingini seperti penculikan dan pencerobohan.

“Saya menyambut baik cadangan ini dan meminta pihak bertanggungjawab mempertimbangkan dengan serius kerana beberapa insiden sejak akhir-akhir ini menunjukkan anggota militan seolah-olah tidak takut dan mencabar keupayaan pihak berkuasa.

“Tiba masanya kita bersungguh-sungguh menjaga kedaulatan sempadan negara dan tidak menjad bahan mainan dengan kes-kes penculikan yang seolah-olah tidak ada kesudahan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Naib Pengerusi BIMP-EAGA Malaysia Business Council ( BEBC ) Ahdie Dodds yang mencadangkan supaya kerajaan menempatkan helikopter tempur di ESSZONE untuk membolehkan tindakan berkesan diambil sekiranya berlaku insiden penculikan dan tebusan.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita yakin dengan keupayaan pasukan keselamatan tanah air, namun pasukan keselamatan kita memerlukan aset yang canggih di udara.

“Kita percaya negara memerlukan bukan sekadar aset sebagai pemerhati seperti dron atau radar pengawasan, namun aset yang membolehkan tindakan segera diambil apabila berlaku sesuatu yang tidak diingini,” katanya./SayangSabah 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan