Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,787

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hamisa: Pupuk semangat patriotisme sejak kecil

7:51am 07/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 34 views Tawau,Tempatan
Hamisa beramah mesra dengan kanak-kanak Tadika Kemas Kampung Kalabakan.

Hamisa beramah mesra dengan kanak-kanak Tadika Kemas Kampung Kalabakan.

TAWAU- Semangat patriotisme dan semangat cinta akan negara perlu dipupuk sejak kecil lagi dan bukan hanya diterapkan dalam kalangan golongan dewasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, generasi muda harus mengambil segala peluang untuk bersama-sama golongan dewasa menghayati maksud patriotisme atau semangat cinta akan tanah air.

“Kita mahu golongan generasi muda kita faham dengan dua perkara ini  kerana kita tidak mahu semangat tersebut luntur tanpa diberi perhatian serius,” katanya.

Jelasnya, perlu bagi generasi muda kita hari ini mengetahui serba sedikit perjuangan  pemimpin negara terdahulu  yang banyak memperjuang kemerdekaan  negara sehingga apa  kita lihat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Program Jiwa Merdeka UPPM Tanjong Batu dengan kerjasama Jabatan Kemas Daerah Tawau di Dewan Serbanguna Kampung Kalabakan, disini.

Lebih kurang seramai 120 pelajar Tabika Kemas Kampung Kalabakan menyertai program tersebut.

“Ini penting kerana ramai generasi muda hari ini tidak berapa tahu akan sejarah para pemimpin negara banyak berjasa dalam memperjuang diri memerdekakan tanah air dari cengkaman penjajah,” jelasnya.

Menurutnya, usaha untuk menyemai dan memupuk semangat cintakan tanahair di kalangan generasi muda perlu terutamanya bagi membangkitkan semangat patriotik yang banyak memerlukan kegigihan, kesungguhan dan ketekunan.

“Penghayatan erti kemerdekaan mahupun Hari Malaysia dikalangan generasi muda perlulah dilaksanakan secara berterusan dari tahun ke tahun supaya semangat cintakan tanah air tidak luntur dan tidak dilupai rakyat.

“Nilai cintakan tanah air harus diterapkan sejak dari bangku sekolah lagi. Ini kerana generasi muda inilah yang bakal menggantikan pemimpin negara pada masa hadapan”, jelasnya.

Katanya, sikap cintakan tanahair bukan hanya sekadar mengibarkan Jalur Gemilang atau berkonvoi bermotosikal merdeka seperti yang kita seringkali lihat dimana-mana sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia malah semangat cintakan tanah air  seharusnya mesti ada dalam diri kita.

“Kita percaya, menerusi kempen seperti ini, ia bukan sahaja menyemarakkan lagi Bulan Kemerdekaan malah ia telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa semangat cintakan tanahair itu mesti ada dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia.

“Kita bukan hanya sekadar untuk suka-suka sahaja mengibarkan bendera jalur gemilang, malah kita mesti ada sikap patriotisme dan sikap cintakan tanah air,” katanya. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan