Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hamisa: Jangan abaikan pendidikan agama

8:26am 11/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 19 views Tempatan
Kenangan...Hamisa dan Alijus bergambar kenangan bersama peserta qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Perbandaraan Tawau di Dewan Hadanah Centre Tawau.

Kenangan…Hamisa dan Alijus bergambar kenangan bersama peserta qari dan qariah Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Perbandaraan Tawau di Dewan Hadanah Centre Tawau.

TAWAU- Ibubapa dan generasi muda di daerah ini diingatkan supaya tidak mengabaikan pembelajaran Al-Quran kepada anak-anak mereka.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu berkata jika ini berlaku, generasi muda akan datang tidak boleh membaca Al-Quran.

“Anak-anak perlu digalakkan supaya belajar Al-Quran…ditanamkan di dalam diri sebagai panduan hidup,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Perbandaraan Tawau di Dewan Hadanah Centre, disini.

Menurut Hamisa, pembelajaran Al-Quran adalah wajar dimulakan di rumah oleh ibu-bapa serta dijadikan budaya di kalangan masyarakat Islam.

Sementara itu, beliau berkata, penganjuran Majlis Tilawah Al-Quran tersebut bertujuan untuk mewujudkan kesedaran kepada umat Islam betapa pentingnya mempelajari Al-Quran.

“Kita harus ia bukan sekadar mencari wakil qari dan qariah untuk pertandingan tetapi mengajak umat Islam menghayati dan seterusnya menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup,” ujarnya.

Jelas beliau, generasi muda yang tidak dibekalkan dengan ilmu agama yang sempurna dikhuatiri mereka mudah terlibat dengan masalah sosial terutama gejala penagihan dadah.

“Kita mahu anak-anak kita ini menjadi orang yang berguna pada masa hadapan dan menjadi pelapis kepimpinan negara,” ujar beliau.

Hadir sama, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus Sipil dan 10 peserta qari dan qariah.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan