Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,509

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hamisa: Ibubapa perlu serius terhadap pendidikan anak- anak

1:09pm 28/02/2017 Elezebeth Esther Onjining 40 views Pendidikan,Tawau,Tempatan

Hamisa menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada salah seorang penerima.

TAWAU- Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan tugas dan tanggungjawab mendidik di bahu guru sebaliknya mereka perlu terlibat sama memberi pendidikan kepada anak-anak itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat berkata kanak-kanak menerima pendidikan dengan pelbagai kaedah moden, namun didikan daripada ibu bapa dianggap terbaik bagi melahirkan generasi muda yang berguna.

Beliau berkata sikap segelintir ibu bapa yang tidak  mengambil serius terhadap pendidikan anak-anak amat dikesali dan sikap acuh tak acuh terhadap penting pendidikan perlu dikikis.

“Hanya melalui pendidikan sahaja anak-anak itu dapat merubah masa depan mereka dan keluarga mereka. Kita tidak boleh membiarkan tanggungjawab memberi pendidikan digalas sepenuh oleh guru-guru, ibu bapa juga memainkan peranan penting,

“Mereka (pelajar) hanya berada di dalam sekolah selama 8 jam sahaja,  selebihnya akan diambil alih oleh ibu bapa pelajar berkenaan. Sikap tidak serius membuat anak-anak ini akan tercicir dan tidak berilmu dan mudah terjerumus dalam gejala sosial,” tegas Hamisa.

Beliau berkata demikan semasa Majlis Penyerahan Wang Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia 2017 di SK Tanjong Batu, Tawau kelmarin.Kira-kira 800 murid menerima bantuan tersebut.

Menurut Hamisa yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat meminta ibu bapa perlu ada wawasan untuk melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran hingga ke menara gading.

Tambah beliau, ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka dengan mengambil kira perkembangan dunia semasa kerana pemikiran golongan muda kini telah jauh berubah.

Tegas Hamisa kegagalan ibu bapa perlu menyesuaikan diri dalam usaha mendidik anak-anak menyebabkan mereka sukar menerima teguran dan nasihat yang diberikan.

”Ibu bapa perlu memperbanyakkan komunikasi dengan anak-anak selain sentiasa membuka pemikiran agar setiap tindakan dapat diikuti oleh mereka,” katanya.

“Dalam usaha memastikan hasrat melahirkan anak-anak cemerlang dapat dicapai, ibu bapa juga harus memberi tumpuan pada empat komponen penting iaitu institusi kekeluargaan, pelajar itu sendiri, sekolah dan persekitaran,” ujar beliau.

Beliau turut meminta para ibu bapa mewajibkan menghantar anak-anak untuk belajar dan faktor kemiskinan bukan penghalang untuk tidak menghantar anak untuk ke sekolah.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan