Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hamisa: Ibu bapa jangan pandang remeh mesyuarat PIBG

10:59pm 13/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 11 views Tempatan
Hamisa menerima cenderahati daripada penganjur.

Hamisa menerima cenderahati daripada penganjur.

TAWAU- lmu pengetahuan dan pendidikan merupakan asas dan jaminan kepada pembentukan masyarakat dan negara yang makmur dan membangun.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata sesebuah masyarakat yang miskin ilmu tidak akan kaya budaya dan tamadunnya. Justeru itu, adalah penting bagi kita untuk mengembleng tenaga dan berusaha ke arah memupuk nilai membaca.

Beliau berkata tanpa penglibatan yang menyeluruh, kita tidak akan boleh pergi lebih jauh. Ibu bapa mempunyai peranan penting memupuk tabiat membaca dikalangan kanak-kanak.

“Adalah diharapkan agar PIBG di sekolah  ini dapat membantu pihak sekolah bagi melaksanakan pelbagai program kecemerlangan. Pada kesimpulannya sekolah ini berjaya berfungsi sebagai sekolah yang berkesan dan dapat memenuhi kehendak “Budaya Sekolah Cemerlang”

“Saya juga ingin mengingatkan kepada ibu bapa yang ada di sini supaya supaya tidak memandang remeh terhadap mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) yang diadakan di sekolah masing-masing”, ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Felda Umas, Tawau.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu menambah Banyak keputusan yang dibuat dalam mesyuarat PIBG mendapat perhatian serius oleh kerajaan. Jangan pandang ringan mesyuarat PIBG. Banyak dasar yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran selepas mengambil kira pandangan atau idea yang dilontarkan ibu bapa dan guru dalam mesyuarat itu.

Tegasnya, mesyuarat PIBG diadakan bertujuan menambah baik sistem pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah. Mesyuarat itu juga mempertingkatkan lagi sistem pengurusan dan pentadbiran sekolah. Anak-anak juga akan lebih bersemangat untuk bersekolah jika ibu bapa melibatkan diri dalam program sekolah termasuk mesyuarat PIBG.

Jelasnya, terdapat segelintir ibu bapa tidak mengalakkan anak-anak mereka terlibat dalam aktiviti kokurikulum semakin membimbangkan pihak sekolah. Tambahan pula, ada ibu bapa sendiri tidak begitu menggalakkan anak-anak mengambil bahagian dalam aktiviti persatuan, kelab dan unit beruniform di sekolah. Usaha-usaha berterusan pihak sekolah amat penting untuk memastikan para pelajar sentiasa terlibat dalam kegiatan luar bilik darjah.- SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan