Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hamisa cadang bina institusi pendidikan tinggi di pekan baharu Kalabakan

KOTA KINABALU, 4 Julai :  Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Batu, Datuk Hamisa Samat mencadangkan Kerajaan Negeri supaya membina institusi pendidikan tinggi di pekan baharu Kalabakan, dekat Tawau, bagi melonjakkan lagi potensi pembangunan di kawasan berkenaan.

Ini termasuk membina Institusi Latihan Perindustrian (ILP) sebagai kemudahan kepada belia dari Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Keningau, selain memastikan pusat pendidikan berkenaan tidak hanya tertumpu di Kota Kinabalu dan Papar.

“Saya juga mencadangkan agar satu usaha dinamik mendirikan Kolej Islam Antarabangsa Sabah di pekan baharu Kalabakan kerana tempatnya strategik bagi menarik pelajar antarabangsa dengan adanya eko-pelancongan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Kerajaan Negeri  pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Hamisa mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana meluluskan pembukaan pejabat daerah kecil Kalabakan sekali gus ke arah membangunkan pekan baharu di kawasan itu.

Hamisa berkata semua pembangunan terbabit akan dapat direalisasikan di pekan baharu berkenaan  secara berkala demi keselesaan seterusnya mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Saya mengharapkan cadangan pekan baharu Kalabakan ini dapat didukung dan disegerakan oleh kerajaan negeri,” katanya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan