Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hamisa- Bersatu padu kekalkan keamanan dan kestabilan negara

8:39pm 20/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 16 views Tempatan
Hamisa menerima buah limau besar tanda perasmian Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2016 anjuran Komuniti 1 Malaysia Taman Hill Top. Tawau semalam.

Hamisa menerima buah limau besar tanda perasmian Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2016 anjuran Komuniti 1 Malaysia Taman Hill Top, disini, semalam.

TAWAU- Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat mengajak rakyat di daerah ini agar terus bersatu padu demi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.

Hamisa berkata kepelbagaian agama dan kepercayaan yang diamalkan di negara ini tidak pernah menghalang rakyat untuk terus menikmati keharmonian.

“Malah ia menjadi faktor yang mendorong rakyat Malaysia untuk terus berganding bahu bagi memastikan Malaysia aman damai dan sejahtera,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina 2016 anjuran Komuniti 1 Malaysia Taman Hill Top, sini, semalam.

Hamisa yang juga Adun Tanjung Batu berkata perpaduan adalah prasyarat kepada kemakmuran dan keharmonian sesebuah negara.

Katanya, melalui perayaan-perayaan seperti Pesta Kaamatan, Hari Raya, Sambutan Tahun Baru Cina, Krismas dan perayaan-perayaan yang lain, kita boleh memupuk perpaduan yang erat dan harmonis di kalangan rakyat berbilang kaum dan budaya.

“Tradisi rumah terbuka yang diamalkan di negara kita pada setiap musim perayaan Hari Raya, atau Tahun Baru Cina ataupun Krismas memberi peluang kepada rakyat berbagai kaum untuk saling kunjung dan mengunjungi, untuk berkongsi rasa dan suasana riang dan gembira, untuk saling berkenalan dan memupuk budaya toleransi,” ujarnya.- SayangSabah

Hamisa menyampaikan sijil penghargaan kepada penganjur.

Hamisa menyampaikan sijil penghargaan kepada penganjur.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan