Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,681

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hamisa- Belia disaran ceburi bidang perniagaan

7:33pm 27/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 16 views Tempatan
Hamisa (kanan) sedang diberi penerangan fungsi telefon bimbit Tawau Mobile

Hamisa (kanan) sedang diberi penerangan fungsi telefon bimbit Tawau Mobile

 

 

TAWAU- Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan dan penyertaan kaum Bumiputera dalam pembangunan ekonomi negara.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata golongan belia di daerah ini perlu terus berusaha dengan tekun dan sabar sambil memperkenalkan lebih banyak program yang komprehensif untuk menggalakkan golongan muda menceburi bidang perniagaan.

Beliau berkata usaha melahirkan usahawan dalam kalangan Bumiputera ini akan lebih berjaya dengan adanya penglibatan daripada para usahawan yang telah menempa kejayaan dalam perniagaan masing-masing.

Menurut beliau lagi, pengalaman, bimbingan serta tunjuk ajar daripada kalangan usahawan yang telah berjaya ini amat perlu untuk dijadikan sumber rujukan penting bagi usahawan-usahawan baru.

“Saya percaya, usahawan-usahawan yang telah berjaya ini sudah menempuhi pelbagai rintangan dan cabaran sepanjang mengusahakan perniagaan mereka.

“Penglibatan para usahawan yang telah berjaya ini boleh membantu terutama dalam konteks berkongsi pengalaman lepas semasa memulakan perniagaan sehinggalah bergelar usahawan berjaya”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pelancaran Telefon Bimbit jenama TawauMobile WwoowW di Yayasan Lau Gek Poh, sini, hari ini.

Menurut Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu, cabaran bagi melahirkan ramai usahawan di negara ini menjadi semakin hebat dengan tercetusnya krisis ekonomi global ketika ini.

Jelasnya kerajaan bukan sahaja perlu menumpukan kepada inisiatif melahirkan usahawan semata-mata, tetapi juga perlu memberi perhatian kepada usaha membentuk usahawan-usahawan yang memiliki daya tahan dan daya saing yang tinggi supaya usahawan-usahawan mampu bertahan dan bersaing meskipun berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang lembap serta tidak menyokong perkembangan perniagaan mereka.

Tegasnya kerajaan akan sentiasa bekerja keras dan komited dalam usaha untuk membangunkan usahawan Bumiputera supaya lebih dinamik dan berdaya saing. Untuk berjaya, para usahawan perlulah mengubah sikap ke arah yang lebih positif dan dinamik serta berminat untuk menambah ilmu dalam pelbagai aspek pengurusan perniagaan.

Program tersebut dihadiri pengasas telefon bimbit Tawau Mobile Azizul Tandek darpada Jadi Juta Group.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan