Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

HAMID APDAL LETAK JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN SAFA

Hamid Apdal bersama Presiden baharu SAFA, Alijus Sipil dan Datuk Rahman Zakaria selepas pemilihan pada Kongres Tahunan (Tahun 2018) Persatuan Bolasepak Negeri Sabah (SAFA) di Likas Square, Likas Kota Kinabalu. Gambar SNT/Datu Ruslan Sulai.

KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Hamid Afdal meletak jawatan selepas menang dalam majlis pemilihan sabtu lalu.

Beliau berkata, keputusan itu adalah kehendak diri sendiri bukan atas paksaan serta desakkan daripada mana-mana pihak.

“Setakat ini saya belum menulis surat peletakkan jawatan kepada SAFA berikutan belum menerima surat pelantikkan rasmi selepas menang sabtu lalu.

“Kita berharap mereka yang sudah terpilih dalam pemilihan Sabtu lalu dalam SAFA akan menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh semua perwakilan. Saya akan menyumbang meskipun bukan berada di dalam SAFA sepertimana yang berlaku sebelum ini, “ katanya dalam sidang media di kediamannya di Taman Ko Pelajaran Petagas.

Dalam pemilihan Sabtu lalu, Hamid Apdal dan mantan pengurus pasukan Sabah beberapa musim lalu, Datuk Abdul Rahman Zakaria menang dalam pertandingan empat penjuru.

Hamid yang juga adik kepada Ketua Menteri Sabah mendapat undi tertinggi dengan 48 undi sekaligus beliau dilantik Timbalan Presiden 1, manakala Rahman dengan 27 undi mengisi jawatan Timbalan Presiden 2.

Manakala, Presiden Majlis Perbandaran Tawau, Alijus Sipil dipilih sebagai presiden baharu bagi penggal 2018-2022 dalam kongres tahunan Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa).

Ini juga adalah kali pertama buat sekian lamanya, SAFA bukan lagi diterajui oleh pemimpin politik.

Hamid menambah, beliau mengucapkan selamat maju jaya kepada pengurusan SAFA serta berharap agar pasukan SAFA mencapai kejayaan di masa depan.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan