Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hamas henti serangan jika Israel penuhi syarat perdamaian

hamasisrael

GAZA  – Hamas hanya akan menamatkan pertempuran dengan Israel jika beberapa syarat daripada negara itu dipersetujui, namun setakat ini tiada usaha serius ke arah perdamaian.

“Perbincangan mengenai gencatan senjata memerlukan usaha serius yang belum dilakukan setakat ini,” kata pegawai perundangan Hamas, Mushir al-Masri.

Masri berkata, Hamas hanya akan berbincang berdasarkan beberapa konsesi yang perlu dipersetujui Israel, termasuk menarik balik sekatan di Semenanjung Gaza, membuka semula sempadan Rafah di Mesir dan melepaskan banduan Palestin yang ditahan semula oleh Israel selepas ditukar untuk anggota tentera Israel Gilad Shalit.

“Gencatan senjata mesti berdasarkan syarat yang kami senaraikan dan permintaan yang berkurangan tidak akan diterima,” kata Masri. – AFP

Komen


Berita Berkaitan