Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Halloween di Oceanus

Pengurus Oceanus General Victor Ng merakam gambar kenangan bersama semua pemenang  Pertandingan Kostum Halloween
Pengurus Oceanus General Victor Ng merakam gambar kenangan bersama semua pemenang Pertandingan Kostum Halloween
KOTA KINABALU: Pusat Beli-Belah Oceanus Waterfront dengan kerjasama Majalah Breeze menganjurkan Majlis “Halloween Sebenar” bersempena sambutan Halloween untuk semua pelanggan mereka pada Ahad lalu.
Majlis itu bertujuan memberi pengalaman sendiri kepada pelanggan pusat beli-belah itu merasai keseronokkan hidup seperti dalam alam Halloween.
Turut belangsung iaitu Pertandingan Kostum Halloween yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu A bagi peserta berumur 13 tahun hingga 17 tahun, manakala kategori B dibuka untuk 18 tahun ke atas.
Kategori A dimenangi oleh Nersha Chang dan tempat kedua dimenangi oleh Haifa Haime. Manakala, tempat ketiga pula dimenangi oleh Endrus.  Pemenang kategori B pula dimenangi oleh Shawn, tempat kedua dimenangi oleh Nabila Shahira dan tempat ketiga dimenangi oleh Becky.
Turut diadakan pameran gerai foto, pameran jurusolek profesional makeover Halloween, persembahan tarian, dan silap mata.-Rezae Putra/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan