Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Halang pihak ganggu tanah pertanian

Ghulam (atas jentera) memandu jentera tuai padi sebagai simbolik perasmian majlis tersebut. - foto Aryan De Vera
Ghulam (atas jentera) memandu jentera tuai padi sebagai simbolik perasmian majlis tersebut. – foto Aryan De Vera

BEAUFORT – Pihak berwajib diminta memastikan kepentingan tanah pertanian di daerah ini tidak diganggu atau ditukar syarat sewenang-wenangnya dan individu atau kumpulan terbabit yang mahu melaksana sebarang projek pembangunan harus mematuhi zon perkadaran ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, Pelan Pembangunan (DP) juga perlu disediakan oleh mana-mana pihak atau pemaju untuk kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) sebelum sebarang projek pembangunan dimulakan.

“Sebarang pertukaran zon harus mengambil kira impaknya terhadap sektor-sektor lain khususnya pertanian sawah padi kerana jaringan insfrastruktur tanaman ini seperti parit dan salirannya amat sensitif serta mudah terganggu.

“Kita tidak menghalang sebarang pembangunan, namun ia harus dipastikan tidak mendatangkan kerosakan terhadap tanah pertanian seperti sawah padi yang merupakan antara pengeluaran utama daerah ini.

“Justeru, saya akan terus memantau situasi ini dan berharap MDP serta agensi terlibat dapat memastikan kepentingan tanah-tanah pertanian tidak terganggu atau pun ditukar syarat sewenangnya secara berselerak,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Ladang dan Penuaian Projek Terbaik Peningkata Hasil Padi Zon Pengalat Kecil yang diadakan di Dewan Kampung Pengalat Kecil di sini hari ini. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan