Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Halang lelaki penggal isteri

9:26am 04/07/2016 Pak Roshan 4286 views Global
DETIK mencemaskan apabila orang ramai menghalang lelaki terbabit memenggal kepala isterinya.

DETIK mencemaskan apabila orang ramai menghalang lelaki terbabit memenggal kepala isterinya.

Kaherah: Seorang lelaki berjaya dihalang orang ramai daripada memenggal isterinya di tempat terbuka.

Pada awal video yang tersebar di Internet itu, lelaki terbabit dilihat menghempap isterinya di atas jalan raya dan cuba mengelar leher wanita itu.

Bagaimanapun, sekumpulan lelaki, termasuk jiran mereka menyerangnya.

Seorang daripada mereka dilihat menghampirinya dari belakang dan menendang tengkuknya sebelum seorang lagi melontar bata ke arah kepalanya.

Wanita itu kemudian bangun melarikan diri dan tempat dia terbaring sebelum itu dilihat mempunyai kesan darah.

Pada masa sama puluhan orang menolak suaminya ke dinding dan menghimpitnya sebelum memukulnya dengan pelbagai objek.

Video itu dimuat naik ke LiveLeak Jumaat lalu dilaporkan dirakam di Mesir.

Menurut laporan, wanita itu terselamat. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan