Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hakisan Tanah Tebing Sungai Gum Gum Kritikal Kerajaan Perlu Percepatkan Bantuan

sungai

SANDAKAN : Hakisan tanah tebing Sungai Gum Gum kini semakin kritikal dan menjejaskan keselamatan lebih 60 penghuni di 10 buah rumah di Kampung Gum Gum di sini.

Masalah hakisan itu dilaporkan mula berlaku setelah hujan turun berterusan awal tahun ini tetapi kini keadaan semakin kritikal dan penduduk terbabit bimbang terhadap keselamatan mereka.

Seorang penduduk kampung, Aysah Oting, 63, berkata beliau bersama suami beliau yang uzur serta 10 ahli keluarga menetap tidak jauh dari tebing Sungai Gum Gum.

“Kami sekeluarga tidur pun tidak nyenyak kerana risau dengan masalah hakisan tebing sungai yang semakin teruk.

Sebahagian jalan yang menghubungkan kampung ke jalan utama telah runtuh dan tidak boleh dilalui kenderaan,” katanya ketika ditemui di kampung itu, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Gum Gum Sallee Udin memohon agar kerajaan mengambil tindakan segera untuk membaiki kerosakan akibat hakisan tanah tebing Sungai Gum Gum ini.

Beliau bimbang jika masalah ini tidak diatasi dalam tempoh yang terdekat ia mungkin akan menjejaskan lebih banyak rumah lain yang terletak di tebing sungai.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Gum Gum Datuk Zakaria Mohd Edris berkata beliau telah merujuk masalah hakisan berkenaan kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) untuk tindakan lanjut sejak awal tahun ini.

Beliau telah meminta pihak JPS supaya mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja menangani masalah hakisan pada tebing sungai di Kampung Gum Gum.

Zakaria yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri berkata keadaan hakisan yang semakin kritikal membahayakan keselamatan penghuni-penghuni rumah yang terletak di tebing sungai.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan