Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hakim tolak saman terhadap Jokowi

CHAN (kiri) bersama Sukumaran.
CHAN (kiri) bersama Sukumaran.

Jakarta: Sebuah mahkamah di Jakarta menolak permohonan warga Australia, Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, yang menyaman Presiden Jokowi kerana menafikan pengampunan untuk mereka.

Peguam Todung Mulya Lubis berkata, hakim berpendapat penolakan Jokowi terhadap permohonan mengetepikan pelaksanaan hukuman mati bukanlah keputusan membabitkan pentadbiran.

Justeru, kata Todung, hakim menganggap mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes berkenaan.

“Kami akan merayu keputusan itu dan undang-undang memberi tempoh dua minggu untuk kami melakukannya.

“Jika pihak berkuasa menghormati undang-undang, pelaksanaan hukuman mati berkenaan perlu ditangguhkan sehingga proses ini berakhir,” katanya. – Reuters

Komen


Berita Berkaitan