Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hak Sabah 40 peratus: Lebih banyak pembangunan dapat dilaksana

syedabas-ghapur
Syed Abas Syed Ali (kiri) Ghapur Salleh (kanan) – foto Ille Tugimin / SayangSabah

TAWAU – Beberapa pemimpin di negeri in menyambut baik penubuhan jawatankuasa khas bagi mengkaji hak Sabah menerima 40 peratus daripada hasil bersih yang dikutip kerajaan Persekutuan daripada negeri ini.

Menurut mereka, cadangan penubuhan jawatankuasa khas tersebut penting bagi mengkaji hak-hak yang sepatutnya diterima oleh negeri ini serta menyifatkan ia bukanlah bertujuan menuntut lebih royalti.

Bagi Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Ghapur Salleh, beliau yakin Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi keutamaan kepada apa juga kehendak bagi rakyat Sabah.

Jelas beliau, apa-apa kekurangan dan keperluan yang harus diberi kepada Sabah serta Sarawak akan dikaji oleh jawatankuasa terbabit dan bukan menuntut royalti lebih, memandangkan jurang perbezaan pembangunan di antara Semenanjung dan Sabah begitu ketara.

“Saya sendiri sudah membawa isu berkaitan pembangunan di Sabah dalam Parlimen. Mungkin kalau itu (40 peratus) dipersetujui Perdana Menteri, rakyat Sabah akan (dapat) lebih pembangunan daripada apa yang dirancangkan dahulu.

“Apa pun, kita yakin, Perdana Menteri memang prihatin terhadap permintaan rakyat Sabah. Pernah saya bawa dalam Parlimen mengenai (agihan kontrak pembinaan) Jalan Pan Borneo yang diberikan pihak lain, namun akhirnya Perdana Menteri bersetuju ia diberi kepada syarikat tempatan di Sabah dan Sarawak,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Kimanis yang juga Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas tersebut selepas mengadakan perjumpaan di Perdana Putra, Putrajaya.

Pertemuan itu turut disertai Pengerusi Parti Pembaharuan Negeri Sabah (Star), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan; bekas ketua Cabang PKR Tuaran, Ansari Abdullah; Setiausaha Agung Parti Kerjasama Rakyat Sabah (Pakar) Zainnal Ajamain dan Peguam Perlembagaan, Edmund Bon.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balung, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, beberapa perkara perlu diambil kira termasuk mengkaji semua apa yang patut dipegang oleh Sabah.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan kerajaan Persekutuan juga telah membelanjakan peruntukan besar buat Sabah dan perkara tersebut perlu diambil kira.

“Kalau 40 peratus itu segala-galanyanya, saya setujulah, bukan bersih 40 peratus, tolak apa yang dibelanja oleh Kuala Lumpur ke negeri ini, banyak yang diblanjakan, bukan satu mcm sahaja, (kita) jangan tengok dari satu sudut,” ujarnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan