Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hak rakyat Sabah tetap terpelihara: Yahya

UCAPAN PERASMIAN.. Yahya semasa berucap merasmikan Persidangan Cawangan-cawangan Umno Bahagian Putatan 2015. - Foto SAYANGSABAH
UCAPAN PERASMIAN.. Yahya semasa berucap merasmikan Persidangan Cawangan-cawangan Umno Bahagian Putatan 2015. – Foto SAYANGSABAH

PUTATAN – Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin menegaskan bahawa hak rakyat Sabah ke atas tanah dan hasil sumber asli di negeri ini tetap terpelihara daripada orang luar.

“Kita berhak kepada air, kayu balak, tanah dan sumber asli lain di negeri ini. Orang luar tidak boleh ambil dan tidak berhak nempersoalkan hak kita,” katanya kepada pemberita mengenai tindakan kerajaan negeri melarang segelintir pihak tertentu dari memasuki negeri ini.

Terdahulu, Yahya merasmikan Persidangan Cawangan-cawangan Umno Bahagian Putatan 2015 di Dewan Serbaguna Pasir Putih, di sini yang dihadiri oleh ketua cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri.

Beliau berkata, dari sudut peraturan migrasi, kerajaan negeri mempunyai kuasa munasabah untuk menghalang pihak tertentu daripada memasuki negeri ini.

“Pihak luar yang dilihat mampu menggugat perpaduan dan keharmonianbrakyat Sabah tidak dibenarkan memasuki negeri ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Yahya ketika berucap di majlis itu menasihati semua 138 cawangan Umno Bahagian Putatan agar mengadakan mesyuarat masing-masing dengan baik dan mengikut perlembagaan parti.

“Tingkatkan perpaduan serta tambah bilangan ahli khususnya belia bagi persiapan menghadapi pilihanraya akan datang,” katanya lagi.

Semua cawangan Umno di 24 bahagian seluruh negeri ini akan memulakan mesyuarat masing-masing secara berperingkat bermula 14 Mac hingga 20 April.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan