Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hak dan kepentingan rakyat Sabah terus dipelihara: Mohd Shafie

KOTA KINABALU:  Kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed akan dapat memulihkan keadaan ekonomi dan mampu meletakkan Malaysia dilandasan terunggul setanding negara lain.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sejak kerajaaan baharu mengambil alih tampuk pemerintahan negeri, Sabah juga telah menerima kemasukan pelabur dari serata dunia.

Mohd Shafie berkata, mereka menunjukkan minat untuk melabur di negeri ini, khususnya dalam sektor-sektor strategik.

“Saya ingin menegaskan bahawa komitmen kita adalah untuk melonjakkan pembangunan dan ekonomi negeri ini, dengan tumpuan usaha mengukuhkan kedudukan kewangan menerusi perancangan dan pengurusan fiskal.

“Kita bertuah kerana Sabah mempunyai segala-galanya untuk muncul sebagai satu kuasa ekonomi. Aset paling utamanya ialah keluasan tanah yang subur untuk aktiviti pertanian dan perladangan, sumber alam yang banyak, di samping keindahan alam semula jadi serta kepelbagaian kaum, bangsa dan budaya yang menjadi daya tarikan sektor pelancongan,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka di sini malam ini.

Majlis itu dihadiri tetamu kehormat, Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R. M. Jasni serta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Douglas Unggah Embas mewakili Ketua Menterinya; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobindh Singh dan Pengerusi Pengelola yang jug Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, Datuk Peter Anthony.

Mohd Shafie berkata, kesatuan dan perpaduan rakyat berbilang kaum, agama dan adat resam telah menjadi kunci kepada kepesatan pembangunan di negeri ini.

Katanya, ia adalah hasil daripada sikap masyarakat yang kaya dengan perasaan saling menghormati dan menerima kepelbagaian yang membolehkan kita hidup bersama-sama.

Justeru, beliau menambah, proses pengukuhan perpaduan rakyat hendaklah terus dilaksanakan kerana peredaran masa membawa bersama pelbagai cabaran baharu yang boleh menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Kita amat berharap agar di bawah kerajaan baharu, sama ada di peringkat Persekutuan mahupun negeri, lebih banyak pembangunan serta kemajuan akan dibawa di negeri ini.

“Kerajaan Sabah akan terus bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk memastikan hak dan kepentingan rakyat Malaysia di negeri ini terus terpelihara,” katanya.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan