Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hajiji Sambut Baik Langkah Shareda Tubuh SPV Untuk Bina Rumah Mampu Milik Di Sabah

rmm

KOTA KINABALU : Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah mengalu-alukan langkah Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sabah (SHAREDA) menubuhkan Syarikat Tujuan Khas (SPV) untuk membina rumah mampu milik di Sabah.

Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor mengucapkan terima kasih kepada persatuan itu kerana menyahut seruan kerajaan sambil menarik perhatian SPV, SHAREDA Berhad, kini mempunyai modal berbayar sebanyak RM30 juta melalui saham yang dibeli oleh anggotanya.

“Saya gembira kerana sektor swasta seperti SHAREDA boleh bekerjasama dengan kerajaan dan ini petanda baik bagi masa depan negeri ini dan rakyat,” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri acara sempena majlis Tilawah Al-Quran peringkat negeri bermula esok.

Langkah itu yang memberi fokus kepada pembinaan rumah berharga kurang RM250,000, diumumkan oleh presiden SHAREDA, Datuk Francis Goh pada mesyuarat agung tahunannya baru-baru ini.

Goh berkata, SHAREDA Berhad bersedia untuk melabur dalam tiga projek yang dua daripadanya ialah di Penampang.

“Ketiga-tiga projek itu jika berjaya akan menyediakan 2,500 lagi unit rumah bagi memenuhi keperluan masyarakat,” kata beliau.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan