Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hajat Firman Hantar Ibu Bapa Ke Tanah Suci Tertunai

firmanaf

JUARA Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Firman Bansir akhirnya berjaya merealisasikan impian serta hasratnya untuk membawa kedua ibu bapanya menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah pada bulan hadapan dengan menggunakan wang kemenangan yang diraihnya menerusi program realiti nyanyian itu.

“Kemenangan dalam AF memberi peluang kepada saya untuk menunaikan impian ibu bapa yang mahu mengerjakan umrah. Jika segala perancangan berjalan lancar, ibu dan bapa saya dijangka berangkat ke Mekah bulan depan,” katanya memetik Harian Metro.

Firman yang sebelum ini pernah menganggur selama dua tahun sebelum menyertai AF turut menyatakan dia kini semakin banyak menerima tawaran persembahan nyanyian di negeri kelahirannya Sabah.

Dalam pertandingan akhir AF 2014 Firman berjaya menewaskan empat finalis lain yang turut sama berjuang dengannya iaitu Ewal, Adel, Nuha dan Aman. – MYNEWSHUB

Komen


Berita Berkaitan