Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hairul Azreen jangan nafi keluar kenyataan culik

KOTA KINABALU: Pelakon Hairul Azreen yang mendakwa hampir diculik ketika penggambaran filem di perairan Sabah baru-baru ini diminta tampil membantu siasatan polis ekoran kenyataannya yang disifatkan sebagai bertujuan publisiti murahan.

Mantan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din memberitahu, setakat ini belum ada laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak terhadap aktor berkenaan.

“Kita tidak mahu isu (keselamatan) ini menjadi satu manipulasi oleh orang-orang tertentu, ini tidak baik kepada Sabah dan keselamatan negeri ini,” katanya ketika mengulas mengenai sama ada sebarang tindakan akan diambil ke atas pelakon itu.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Serah Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di antara beliau dengan Timbalannya, Datuk Omar Mammah di Auditorium Ibu pejabat Polis Kepayan (IPK) Sabah, yang disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Sri Asri Yusoff hari ini.

Kenyataan Hairul itu yang disifatkan sebagai bertujuan mencari publisiti murahan daripada penonton turut mendapat kritikan orang ramai khususnya di Sabah.

Dalam pada itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscome), Datuk Hazani Ghazali berkata, pelakon itu tetap akan dipanggil untuk memberikan keterangan kepada pihak berkuasa meskipun penerbit syarikat pengeluar filem itu telah menafikan kenyataannya.

“Penerbit syarikat pengeluar filem itu sudah mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pelakon itu ada menyatakan perkara berkaitan culik semasa sidang akhbar itu dibuat (pada 28 Ogos lalu).

“Dia hendak nafi apa, rekod (sidang akhbar Hairul) pun ada dengan saya. Media lain pun ada pada masa itu termasuk media elektronik dan cetak, dia tidak boleh menafikan kerana percakapannya itu direkodkan.

“Janganlah cari publisiti murahan sebab ini soal keselamatan, semua pihak terutama pasukan keselamatan memainkan peranan untuk fokus terhadap keselamatan awam, jangan mengadu domba keadaan ini,” tegas beliau lagi. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan