Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,794

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hafiz, Hafizah negeri ini akan diberi pengiktirafan

3:57pm 22/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 62 views i-Muslim,Tempatan
KENANGAN... Ariffin bersama para peserta Program Bicara Ramadan sempena Nuzul Al- Quran, di Wisma Muis, disini, hari ini.

KENANGAN… Ariffin bersama para peserta Program Bicara Ramadan sempena Nuzul Al- Quran, di Wisma Muis, disini, hari ini. Foto:Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Kerajaan Negeri akan memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada para hafiz dan hafizah di negeri ini.

Menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, pengiktirafan tersebut termasuklah memberi pertimbangan dari segi kerjaya, peluang melanjutkan pengajian peringkat lebih tinggi dan insentif lain bagi menyuntik minat dan kesungguhan para hafiz dan hafizah di negeri ini.

” Melihat impak besar kepada pembangunan ummah yang seimbang serta kepentingan pengajian Islam dan ilmu al- Quran dalam kehidupan umat Islam, maka kerajaan akan terus mengiktirafkan dan mempertahankan sistem pendidikan Islam.

” Bagi tujuan itu, maka sewajarnya institusi tahfiz al- Quran di Sabah diperkasakan lagi sebagaimana institusi tahfiz di negeri- negeri lain termasuk bidang pengajian, kemudahan prasarana dan sebagainya,”katanya

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena perasmian Program Bicara Ramadan sempena Nuzul Al- Quran 1437H/2016M di Wisma Muis, disini, pagi tadi. Teks ucapan beliau dibaca Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Haji Mohd Arifin Haji Mohd Arif.

 

Ariffin (kanan) menerima cenderahati daripada Azizan sempena Program Bicara Ramadan sempena Nuzul Al- Quran, hari ini. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

Ariffin (kanan) menerima cenderahati daripada Azizan sempena Program Bicara Ramadan sempena Nuzul Al- Quran, hari ini. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

Tambahnya, pegiktirafan tersebut juga akan mengharumkan Sabah di peringkat kebangsaan.

Selain itu, Musa menyeru kepada semua umat Islam agar bersungguh- sungguh dengan iltizam tinggi berusaha menguasai dan mempelajari, memahami, menghayati serta mengamalkan ilmu dan isi kandungan al- Quran.

” Umat Islam berupaya mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pembangunan modal insan dan juga pembangunan material secara seimbang, iaitu pembangunan rohani dan jasmani.

” Inilah faktor kejayaan dan kecermelangan pembangunan ummah dan negara di zaman Rasulullah SAW dan zaman Khulafa’ ar- Rasyidin yang telah berjaya membina tamadun umat Islam di bumi barakah i dan Madinah yang tersohor hingga kini,”katanya.

Hadir sama, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu @Aziz Jaafar, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Islam JHEAINS, Mohamad Sidik Awang Adi dan Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin. Elezebeth Esther/ SayangSabah

Para peserta yang hafir sempena Program Bicara Ramadan di Wisma Muis, disini, hari ini

Para peserta yang hadir sempena Program Bicara Ramadan di Wisma Muis, disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan