Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hadiah Sukarno untuk Kim Jong Un

KIM pada satu majlis di Pyongyang.
KIM pada satu majlis di Pyongyang.

Jakarta: Pusat Sukarno yang berpejabat di Bali tahun ini menganugerahkan hadiah kenegaraan tahunannya kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Un.

Rachmawati Sukarnoputri, anak bekas Presiden Sukarno, mengumumkan demikian semalam selepas menemui Korea Utara di Jakarta Ri Jong Ryul.

“Kami akan memberi anugerah itu kepada Presiden Kim Jong Un kerana dia konsisten melaksanakan perjuangan pemimpin agung Korea Utara Kim Il Sung menentang dasar penjajahan,” kata
Rachmawati.

Hadiah Sukarno secara tradisinya diberikan sebagai pengiktirafan kepada mereka yang menyumbang kepada keamanan dan pembangunan dunia.

Aung San Suu Kyi dari Myanmar dan Mahatma Gandhi dari India antara penerima hadiah itu sebelum ini.

Bagaimanapun, tidak jelas bagaimana Kim yang sering mencetuskan ketegangan hingga memburukkan hubungan negaranya dengan Korea Selatan, Jepun serta Amerika Syarikat, dianggap menyumbang kepada keamanan dunia.

Menurut Rachmawati, Pusat Sukarno sebelum ini pernah menganugerahkan hadiah itu kepada Kim Il Sung yang dianggapnya wira kemerdekaan dan keamanan.

“Anugerah yang diberikan kepada Kim Jong Un adalah kesinambungan kepada perjuangan menentang dasar penjajahan,” katanya.

Rachmawati sebelum ini dilantik menjadi pengerusi kehormat Jawatankuasa Persediaan Penyatuan Korea Pyongyang, badan yang tidak diiktiraf di luar negara itu. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan