Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Had layak beli rumah PPR dinaikkan kepada RM3,000

6:23pm 22/08/2016 Pak Roshan 347 views Mutakhir,Nasional

ppr-sandakan-600x367

SERI ISKANDAR: Had kelayakan pendapatan bagi memiliki unit kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dinaikkan daripada tidak melebihi RM2,500 kepada RM3,000.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat, untuk kelulusan.

“Kenaikan had kelayakan pendapatan ini selaras dengan had kelayakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan pemilikan kediaman Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian pecah tanah PPR Taman Universiti Bandar Seri Iskandar, di sini, hari ini.

Perasmian program itu disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Noh berkata, kenaikan had kelayakan pendapatan itu juga memudahkan pihaknya melakukan semakan terhadap permohonan PPR.

Katanya, jika pemohon didapati sebagai penerima BR1M dan tidak memiliki rumah, peluang pemohon lebih cerah untuk diluluskan.

Beliau berkata, PPR Bandar Universiti membabitkan pembinaan 99 unit rumah teres setingkat di kawasan seluas empat hektar bernilai RM15.6 juta dijangka siap pada April 2018.

Katanya, kos sebenar pembinaan seunit rumah PPR ialah RM155,000 dan kerajaan menanggung subsidi RM120,000 bagi membolehkan rakyat hanya perlu membayar RM35,000 untuk memilikinya.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan