Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GWGFx BBH Sabah Taja Kejohanan Boling Antarabangsa UMS

bolingg

KOTA KINABALU: Kejohanan Tenpin Boling Terbuka Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah yang berlangsung baru-baru ini mendapat penajaan lumayan dari GWGFx BBH Group Sabah. Menurut Pengurus GWGFx, Sarianshah Shamsudin, pihaknya berbesar hati menaja hadiah wang tunai sebanyak RM50,000 bagi menjayakan kejohanan tersebut. “Pihak kami berminat menyumbang dalam acara sukan seperti ini kerana selain dapat merapatkan jurang interaksi dengan masyarakat, menerusi sukan juga dapat mengaktifkan gaya hidup sihat,” katanya ketika ditemui di Centre Point, Kota Kinabalu. Beliau menambah, antara penganjuran sukan lain yang pernah ditaja adalah futsal dan bola sepak kerana kedua-dua sukan ini merupakan acara sukan yang paling ramai pengikut dan peminat di seluruh Malaysia. “Penglibatan kami dalam penajaan sukan dapat membantu masyarakat terutama belia dalam mengamalkan cara hidup sihat dan memupuk minat serta keterujaan mereka menyertai pertandingan mahupun kejohanan yang mampu meningkatkan kemahiran, seterusnya membutirkan ‘bintang’ dalam bidang sukan,” katanya. Kejohanan yang berlangsung sempena sambutan 20 tahun penubuhan UMS itu juga menerima penyertaan daripada pemain-pemain boling handalan dunia seperti Mika Mika Kouvineimi, Paeng Nepomuceno, Biboy Rivera serta Wang Yu-ling termasuk juga pemain-pemain tempatan. Kejohanan itu akan diadakan sebagai acara dwitahunan memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan dari peserta untuk edisi sulung ini. Turut bersama menaja kejohanan ini ialah FADA Engineering serta Asli Jati Engineering dan disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah.

Komen


Berita Berkaitan