Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

GURU SEKOLAH RENDAH MAUT DALAM KEMALANGAN

guru  maut

 

SANDAKAN: Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Karamunting di sini maut selepas

motosikal ditunggangnya terlibat dalam satu nahas jalan raya di Taman Grandview dekat

sini pagi tadi.

Ketika kejadian kira­kira pukul 6.10 pagi itu, mangsa Nastain Bin Ahmad, 48, dalam

perjalanan untuk ke sekolah tempat dia bertugas.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata, mangsa

meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya terbabas ke

sebelah kanan bahu jalan raya ketika menuruni bukit.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Duchess of Kent, di sini untuk

bedah siasat.

Komen


Berita Berkaitan