Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Guru Sekolah Di Tawau Tendang Anak Murid Kerana Lewat Hingga Retak Kaki

Kekerasan dan hukuman sehingga mencederakan fizikal bukan satu cara untuk memberi pengajaran kepada pelajar . Namun apa yang berlaku ke atas pelajar ini adalah sangat tidak wajar .
Jika semalam seorang guru memanaskan pengasah pensil kemudian tekap kemuka pelajar sehingga luka , hari ini dilaporkan kejadian berlaku di Tawau apabila seorang murid darjah 4 ditendang pada kaki sehingga retak hanya kerana lewat hadir ke sekolah
Ini menjadikan kejadian kedua dilaporkan bagi masalah disiplin bagi pelajar sekolah rendah seMalaysia .
Menurut Borneo Today , pelajar berkenaan yang dikasari sehingga menyebabkan retak kaki dikatakan lewat masuk ke kelas .
Kejadian berlaku 7.30 isnin lalu dimana guru berusia 32 tahun itu dikatakan marah dan kemudian bertindak menendang kaki kiri murid berkenaan dan kemudian menampar sehingga menyebabkan kecederaan bahagian betis .
Menurut ibunya , anaknya kemudian ada mengadu sakit pada bahagian kaki dan sukar untuk untuk berdiri kemudiannya diadikejarkan ke hospital
Hasil laporan xray , doktor memaklumkan bahawa kaki kanak-kanak itu mengalami retak tulang dan telah dibalutkan dengan simen .
Menurut Ibu yang tidak mahu dikenali itu
tidak ada cara lainkah untuk mendisiplankan anak-anak  yang terlambat ke kelas dan lupa untuk melakukan kerja rumahnya??
Difahamkan guru berkenaan  itu memohon maaf kepadanya atas kejadian itu namun dia mahu Jabatan Pendidikan mengambil tindakan tegas ke atas guru berkenaan .
‘ adakah permintaan maaf cukup untuk memastikan bahawa guru dan orang lain tidak menggunakan keganasan terhadap kanak-kanak?’
Ketua Polis Tawau , Penolong Pesuruhjaya Fadil Marsus,  berkata mereka akan menyiasat kes itu
dan mengambil keterangan dari guru terbabit dan juga saksi kejadian yang lain . Kes ini akan disiasat dibawah Kanun Keseksanaan 323 kerana menyebabkan kecederaan teruk

Komen


Berita Berkaitan