Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guru SAR Diminta Pastikan Pengajaran Berlandaskan al-Quran, Sunnah

tawfiq

TAWAU – Guru yang ditempatkan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) diminta memastikan kaedah pengajaran dan pembelajaran adalah berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata ini bagi mengelak serta memastikan tidak wujud sebarang fahaman yang bercanggah dengan fahaman sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sehubungan itu, pemantauan dan penguatkuasaan berterusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, amat penting bagi menghalang mana-mana fahaman bersifat ekstrime daripada mempengaruhi minda pelajar, katanya.

Tawfiq berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SAR Masjid Quba di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya menyeimbangkan antara pembangunan akademik dan pengetahuan agama anak-anak sebagai usaha melahirkan modal insan yang lengkap dalam kedua-dua aspek berkenaan.

“Akademik itu penting tetapi pendidikan agama juga tidak boleh diabaikan kerana ia mampu menghindar anak-anak daripada terjebak dengan perbuatan tidak bermoral,” katanya. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan