Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Guru Maut, Kereta Kancil Langgar Treler Sawit Di Rembau

langgar
Seorang guru pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Lubok China maut selepas mengalami kecederaan parah apabila kereta yang dipandunya terperosok ke bawah treler di kilometer 43, Jalan Seremban-Tampin, dekat Rembau, pagi tadi. – Foto Sinar Harian

REMBAU – Seorang guru maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya melanggar sebuah treler yang membawa muatan kelapa sawit di KM 43 Jalan Seremban-Tampin, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Ibrahim Sharif berkata dalam kejadian pada 6.59 pagi itu, Wan Noor Syamimi Md Noor, 32, sedang dalam perjalanan ke tempat kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubuk China, Melaka.

Mangsa yang berasal dari Taman Sebang Baru, Alor Gajah, Melaka, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan setelah keretanya terperosok di bawah treler berkenaan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ibrahim, treler berkenaan dipercayai keluar dari sebuah simpang sebelum dilanggar kereta mangsa yang datang dari arah Tampin menuju ke Seremban.

Mayat mangsa yang tersepit dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tampin untuk bedah siasat. – BERNAMA

 

Komen


Berita Berkaitan