Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,761

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guru maut dalam kemalangan

6:02pm 16/07/2016 Leolerry Lajius 3962 views Tempatan
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

KOTA KINABALU: Seorang wanita yang bekerja sebagai  guru di Sekolah Kebangsaan Kokol maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa terbabit dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Jalan Kokol berhampiran PTS Rumah Merah, pagi tadi.

Mangsa Suzanne Darlyn @Anne Kula, 34, yang tinggal di Kampung Keliangau Manggatal maut selepas kenderaan yang dinaiki mangsa dirempuh sebuah kenderaan jenis Isuzu D-Max.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati bahawa kenderaan jenis Isuzu D-Max yang dalam perjalanan dari arah Manggatal menuju ke Bukit Kokol, apabila sampai di Jalan Kokol berdekatan PTS Rumah Merah, semasa pemandu kenderaan jenis Isuzu D-Max  menuruni bukit, kenderaan yang dipandunya hilang  kawalan dan memasuki laluan bertentangan ,seterusnya  bertembung dengan kenderaan jenis Perodua Kelisa yang datang dari arah bertentangan.

‘Akibat dari kemalangan tersebut, pemandu kenderaan jenis Perodua Kelisa  mengalami kecederaan  dan dihantar ke Klinik Manggatal oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.”

“Pada jam 12.00 tenga hari, mangsa  telah  disahkan meninggal di klinik Manggatal,”katanya sambil menambah pemandu Isuzu D-max berkenaan telah direman dan akan dituduh di mahkamah pada hari isnin depan.

Hasil siasatan awal mendapati kemalangan adalah berpunca dari kecuaian pemandu kenderaan jenis  Isuzu D-Max yang tidak dapat mengawal kenderaannya semasa menuruni bukit  dan telah terbabas  ke laluan bertentangan, seterusnya  menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.

Kes disiasat di bawah Sek.41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan