Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guru, Masyarakat Perlu Bekerjasama Lahirkan Pelajar Cemerlang – Hamisa

3:04pm 26/05/2016 Pak Roshan 15 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

30hamisa

TAWAU : Para pendidik dan masyarakat setempat perlu bekerjasama rapat dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang dan modal insan gemilang, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat.

Beliau berkata selain bekerjasama dengan anggota masyarakat, guru juga perlu terus berusaha memperkaya diri sendiri dengan ilmu pengetahuan bagi memastikan keberkesanan mereka dalam mendidik generasi muda.

“Dalam konteks merealisasikan perubahan ke arah membina dan membangunkan modal insan yang gemilang, seseorang pendidik, seharusnya kaya ilmu, segar dan subur ciri kependidikannya,” katanya ketika berucap pada majlis Hari Guru Peringkat Daerah Tawau di Dewan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Ching di sini hari ini.

Mengenai sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun, Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu berkata hari guru banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru untuk mendidik anak bangsa.

Sebagai bekas guru, Hamisa berkata hari guru amat wajar diraikan setiap tahun bagi memberi pengiktirafan kepada kedudukan istimewa guru dalam masyarakat.

“Inilah satu-satunya cara terbaik untuk kita memberi ruang bagi menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan kita terhadap jasa guru yang tidak ternilai,” katanya.

Hamisa juga berkata, masyarakat seharusnya merasa bersyukur kerana setelah lebih 50 tahun negara mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan negara telah berkembang dengan begitu pesat.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan