Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Guru ditipu rakan Facebook warga asing

guru ditipu

SIBU: Seorang guru wanita dari Serian membuat lapo-ran polis selepas seorang lelaki British yang dikenal-inya sejak dua bulan melalui Facebook mengancam kes-elamatannya.

Menurut pengadu, 48, lelaki tersebut dikenalinya sebagai Steve Josh dari Birmingham, United Kingdom memberi-tahu pengadu bahawa dia bek-erja sebagai pengurus Pasukan Kanan Bahagian Jurutera Mekanikal/Pengeluaran di Kertih, Terengganu.

Lelaki tersebut menyatakan bahawa dia bekerja dan mewakili Mitsubishi Electric Power dan memperolehi sub-kontrak daripada TNB selama dua tahun bersama Petronas di Kertih.

Menurut pengadu, lelaki tersebut memintanya menjadi wakil pewaris menunai baucar bayaran ke atas kontrakn-ya selama setahun bernilai USD5.8 juta memandangkan dia tidak mengenali individu lain di negara ini.

Katanya Steve bersetuju membayar balik jumlah gan-jaran yang lumayan kepadan-ya sebagai balasan.

Oleh kerana pengadu tidak mengesyaki apa-apa dia ber-setuju memberi maklumat peribadi kepada Steve.

Pada 15 Julai lalu, pengadu menerima baucar bayaran lengkap dengan maklumat peribadi pengadu yang perlu ditandatangani.

Tanpa berfikir panjang, pengadu menandatangani dan menghantar balik baucar itu kepada mereka.

“Saya tidak menyedari niat buruknya pada mulanya seh-inggalah saya dihubungi oleh wakil Petronas meminta saya membayar cukai berjumlah RM12,800,” katanya.

Menurut pengadu, selepas mereka menyedari dirinya enggan membayar duit berk-enaan Steve mula mengeluar-kan kata-kata kesat.

Selain itu, lelaki tersebut mengancam menyebarkan maklumat palsu seperti per-bualan seks antaranya dan pengadu (yang tidak wujud) kepada pihak sekolah dan rakan-rakan mangsa bertu-juan untuk memalukannya.

Pengadu juga memberi-tahu bahawa lelaki tersebut turut menghantar mesej yang berbaur ancaman melalui SMS dengan menggunakan beberapa nombor telefon bimbit.

Menurut pengadu, lelaki yang sama juga dipercayai menghantar beberapa keping gambar berunsur lucah ke telefon bimbitnya.

Ekoran kejadian tersebut, pengadu mengalami gangguan emosi sehingga menyebabkan suaminya bertindak mengu-gut untuk menceraikannya.

Pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Serian baru-baru ini kerana bimbang keselamatannya terancam.

Komen


Berita Berkaitan