Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Guru Dinasihat Kawal Emosi Berdepan Karenah Pelajar

jame alip

TAWAU – Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip menasihati guru supaya sentiasa mengawal emosi dan perasaan ketika berdepan masalah disiplin pelajar.

Beliau berkata seseorang guru perlu mempunyai sikap penyabar, penyanyang dan tidak mudah mengikut perasaan amarah ketika berdepan situasi demikian.

“Seseorang guru perlu memahami latar belakang dan perangai anak muridnya sama ada di peringkat sekolah rendah atau menengah.

“Kita jangan terlalu mengikut perasaan sehingga mendatangkan kecederaan kepada pelajar,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Guru Bimbingan dan Kaunseling peringkat Negeri Tahun 2015 di sini.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar mengenai seorang guru di daerah ini yang didakwa mendatangken kecederaan kepada murid berusia lapan tahun minggu lepas.

Jame berkata beliau telah berjumpa dengan guru terbabit dan berbincang mengenai masalah tersebut.

“Setakat ini kita masih lagi menunggu laporan daripada pihak polis dan apabila laporan itu sudah diperolehi, kita akan buat tindakan susulan,” katanya.

Beliau juga meminta guru besar, pengetua serta guru kaunseling dapat memainkan peranan untuk membimbing rakan guru agar mereka dalam berdepan masalah pelajar. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan