Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Guru Diminta Bantu Beri Penerangan PT3 Kepada Ibu Bapa

PT3

SHAH ALAM: Guru diminta membantu memberi penerangan kepada ibu bapa tentang peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan bermula Julai ini.

Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan berkata, penjelasan itu boleh diberikan menerusi sesi pertemuan khas atau platform Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB).

“Kementerian mahu guru-guru kerap berjumpa ibu bapa bagi memberi penjelasan dan pencerahan berhubung perkara ini sebab ada sebilangan yang belum memahami apa itu peperiksaan PT3.

“Kita tidak mahu bila peperiksaan ini telah dilaksanakan, ada lagi ibu bapa yang tidak faham mengenainya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas bersama-sama pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Selangor di sini Jumaat.

Beliau turut menasihati ibu bapa agar tidak ragu-ragu dan memberi peluang kepada kerajaan untuk melaksanakan sistem peperiksaan PT3 bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Kamalanathan berkata guru besar dan guru juga perlu mempunyai pemahaman mendalam tentang peperiksaan tersebut supaya mereka tahu mengatasi masalah yang mungkin timbul semasa pelaksanaannya nanti.

Pada 14 Jun lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan peperiksaan PT3 bagi menggantikan PMR bermula 1 Julai ini dan ia akan dimulakan dengan Instrumen Kajian Kes berbentuk kerja kursus bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi bermula 1 hingga 18 Julai.

Ini akan diikuti ujian bertulis bagi 11 mata pelajaran lain pula pada 12 hingga 17 Okt depan dan ujian lisan (mendengar dan bertutur) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris dalam tempoh 6 hingga 29 Ogos ini.

Komen


Berita Berkaitan