Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,665

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guru dan ibubapa diseru agar melindungi anak-anak dari terjerumus ke kancah penagihan dadah

Jainab beramah mesra bersama pelajar ketika melawat pameran sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab beramah mesra bersama pelajar ketika melawat pameran sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Guru dan ibubapa diseru agar melindungi anak-anak dari terjerumus ke kancah penagihan dadah dan menjadi ‘role model’ kepada anak-anak dengan memberikan bimbingan yang sewajarnya.

Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid berkata, pelajar merupakan generasi yang amat bernilai dan merupakan aset penting kepada negara yang akan mewarisi tampuk kepimpinan negara dan wajar dijaga sebaiknya.

“Justeru, potensi akal, rohani dan jasmani mereka perlu dikembangkan secara positif. Bak kata pepatah melayu “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”, agar bijak berfikiran dan mampu menangkis diri daripada gejala sosial yang tidak sihat,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Sempena

Majlis Perasmian Penutupan Program Iman Dan Program Seni Kreatif Murid (PSKM) Sempena Hari Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Sabah, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi PEMADAM Negeri Sabah turut menyeru para pelajar agar tidak melibatkan diri dalam gejala yang tidak sihat berkenaan.

“Dadah telah diisytiharkan sebagai musuh No. 1 Negara kerana sekali terjebak, merana seumur hidup.”

“Oleh itu, saya amat mengharapkan agar anak-anak semua jangan tersalah langkah dan terjebak dalam penyalahgunaan dadah atau menjadi keldai dadah hanya untuk mengecapi kesenangan dengan secara haram,”katanya.

Sebanyak 24 buah sekolah menengah dan sekolah rendah yang melibatkan lebih 200 orang pelajar menyertai program berkenaan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama pelajar dan guru yang hadir sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Jainab (tengah) mengambil gambar bersama pelajar dan guru yang hadir sempena program berkenaan.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan