Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,656

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guru besar bawa pulang Perodua Axia

1:47pm 01/08/2016 Leolerry Lajius 69 views Tempatan
Staf Celcom Blue Cube turut bergambar dengan Doris (empat dari kanan) selepas majlis penyerahan kunci kereta Perodua AXIA di cawangan 1Borneo petang kelmarin.-Gambar Oleh Penerangan

Staf Celcom Blue Cube turut bergambar dengan Doris (empat dari kanan) selepas majlis penyerahan kunci kereta Perodua AXIA di cawangan 1Borneo petang kelmarin.-Gambar Oleh Penerangan

KOTA KINABALU: Guru Besar Sekolah Kebangsaan Luagan Membakut, Doris Victoria Michael Joannes, 46, diumumkan sebagai penerima Perodua Axia melalui Kempen ‘Keep Calm and Win a Perodua Axia’ anjuran Celcom Axiata, pada Ahad.

Menurut Doris, dia mengambil masa selama tiga hari untuk mempercayai kemenangan beliau.

“Pertama kali dihubungi oleh pihak Celcom, saya tidak percaya dan menyangka ada yang ingin mengenakan saya.

“Pada hari kedua, saya menerima e-mail dari pihak Celcom tetapi masih ragu-ragu dan pada hari ketiga barulah saya percaya apabila diminta untuk ke Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) untuk mengambil cukai jalan,” katanya ketika dihubungi oleh pemberita pagi tadi.

Kempen yang bermula pada 15 April hingga 15 Julai 2016 itu terbuka kepada pelanggan baharu plan Celcom’s FIRST Gold atau plan FIRST Platinum sebagai menghargai pelanggan baru kedua-dua plan tersebut.

Dalam kenyataannya, Celcom Axiata memaklumkan, sebanyak enam Perodua AXIA ditawarkan di seluruh Malaysia sepanjang empat bulan kempen dijalankan. 
 
Celcom Axiata turut menyediakan hadiah kejutan istimewa kepada tiga pemenang setiap hari semasa kempen berlangsung./PENERANGAN
Dari kiri, Pengurus Operasi Serantau, Sabah, Abdul Rahman Hj Mahat, Ketua Perkhidmatan Runcit dan Pelanggan Celcom Axiata Berhad, Harcharan Singh, Doris  dan Pengurus Jualan, Sabah, Joseph Tsen Lit Hyung.-Gambar Oleh Penerangan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan