Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,823

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guru besar antara 28 maut

10:13am 14/12/2015 Pak Roshan 0 views Global
SEORANG budak dirawat di hospital sementara selepas cedera dalam serangan udara oleh tentera kerajaan Syria di Douma.

SEORANG budak dirawat di hospital sementara selepas cedera dalam serangan udara oleh tentera kerajaan Syria di Douma.

Beirut: Sekurang-kurangnya 28 orang awam terbunuh dalam serangan di kubu kuat penentang kerajaan termasuk berhampiran sebuah sekolah di timur Damsyik, semalam.

Pengarah Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) Rami Abdel Rahman berkata, roket dilepaskan di Douma dan Saqba. Katanya, tidak jelas sama ada serangan dilancarkan pesawat pejuang Russia atau Syria.

“Salah satu serangan membedil sekolah yang mengakibatkan guru besarnya terbunuh,” katanya kepada AFP.

Sementara itu, seorang kanak-kanak perempuan terbunuh manakala tiga lagi cedera di Damsyik, lapor agensi berita kebangsaan SANA.

Kumpulan aktivis tempatan di Douma berkongsi di Facebook gambar bangunan yang rosak teruk dan kanak-kanak yang cedera terbaring di kawasan dijadikan klinik sementara. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan