Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Guru beragama Islam dibenarkan pakai tudung

guru islam

Berlin: Guru wanita beragama Islam dibenar memakai tudung dalam kelas selagi ia tidak menyebabkan gangguan.

Perkara itu diputuskan Mahkamah Perlembagaan semalam, keputusan yang dijangka mencetuskan perdebatan lebih hanya mengenai dakwaan kumpulan nasionalis mengenai ‘Islamisasi’ di negara itu.

Dalam keputusannya itu semalam, mahkamah berkenaan menarik balik keputusan yang dibuatnya pada 2003 yang mengharamkan pemakaian tudung dalam kalangan guru wanita.

Kes itu dibicarakan mahkamah di Karlsrue selepas difailkan seorang wanita Islam yang dilarang mengajar kerana dia bertudung.

Simbol agama boleh diharamkan apabila ia benar-benar menjadi punca gangguan di sekolah.

“Ini hari yang baik untuk kebebasan beragama,” kata Volker Beck, anggota Parlimen dari parti pembangkang, Green.

Menurutnya, pemakaian tudung, tidak kira dalam kalangan masyarakat Islam, Yahudi mahupun Kristian tidaklah berbahaya berbanding ancaman daripada kumpulan berhaluan anan Alternatif Kepada Jerman, penyokong Nazi atau kumpulan Salafi Islam. – Agensi

Komen


Berita Berkaitan