Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,727

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Guru Agama Galas Tugas Mencabar Era Dunia Tanpa Sempadan – Hamisa

10:00pm 21/05/2016 Pak Roshan 63 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

cikguu

TAWAU : Guru agama menggalas tugas dan tanggungjawab mencabar dalam melahirkan generasi Muslim cemerlang dalam era perkembangan dunia tanpa sempadan ketika ini, kata Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat.

“Oleh itu, guru agama perlu sentiasa peka dan mempertingkat ilmu…agar mampu melahirkan pelajar berkualiti,” katanya.

Beliau berucap merasmikan sambutan Hari Guru anjuran sekolah-sekolah agama di bawah kendalian Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Bahagian Tawau di sini hari Sabtu.

Bertemakan ‘Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak’, sambutan hari guru itu dihadiri oleh 360 guru agama dari daerah Tawau, Semporna, Kunak termasuk Tungku, Lahad Datu.

Turut hadir Penyelia Sekolah-Sekolah Agama JHEAINS Bahagian Tawau Armah Ahmad.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan