
Wuhan, China: Seorang lelaki bertindak ‘menculik’ cucunya sendiri sebagai gurauan dan untuk memberi pengajaran kepada isterinya yang selalu lalai menjaga kanak-kanak berkenaan.
Isteri lelaki itu dilaporkan membawa cucunya beli-belah di sebuah pasar raya di sini pada Ahad lalu sebelum kanak-kanak berusia tiga tahun itu disedari hilang.
Sebelum kejadian, wanita berkenaan meletakkan kanak-kanak itu di dalam sebuah mesin permainan sementara dia pergi membeli-belah.
Apabila wanita itu kembali untuk mengambil cucunya, dia mendapati kanak-kanak berkenaan sudah hilang.
Kerana terlalu panik, wanita itu pengsan dan orang ramai terpaksa memanggil pasukan paramedik untuk bantuan. – Agensi/HMetro