Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Gurauan makan diri

8:47am 03/11/2015 Pak Roshan 13786 views Global
BEG milik penumpang pesawat Thai Lion Air disusun di atas landasan ketika pasukan pemusnah bom membuat pemeriksaan.

BEG milik penumpang pesawat Thai Lion Air disusun di atas landasan ketika pasukan pemusnah bom membuat pemeriksaan.

Bangkok: Gurauan seorang penumpang sebuah penerbangan di sini memberitahu bahawa begnya mengandungi bom memakan diri apabila dia ditahan polis kerana membuat kenyataan palsu.

Kejadian berlaku ketika lelaki berkenaan menaiki pesawat penerbangan Thai Lion Air di lapangan terbang Don Muang menuju ke Hatyai tengah hari kelmarin.

Ketua polis Don Muang, Surachet Bandit berkata, ketika kru pesawat membantu penumpang memasukkan beg ke dalam ruang penyimpanan, seorang lelaki Pichit Boondaeng, 23, tiba-tiba memberitahu begnya mungkin mengandungi bom.

“Pichit bergurau dengan memberitahu pramugari yang membantunya supaya berhati-hati kerana kemungkinan begnya mengandungi bom.

“Walaupun Pichit ketawa, tetapi kru pesawat tidak menganggap gurauan itu lucu dan terus melaporkan kepada kapten,” katanya.

Kapten pesawat kemudian mengambil keputusan membatalkan penerbangan dan meminta semua penumpang turun.

“Pasukan pemusnah bom dipanggil untuk memeriksa beg lelaki itu tetapi tidak menemui sebarang bahan letupan,” katanya.

Tambahnya, polis yang tidak menganggap gurauan lelaki itu lucu menahannya untuk siasatan lanjut.

“Lelaki ini didakwa membuat laporan palsu dan dia berdepan hukuman penjara lima tahun serta denda 200,000 baht (RM24,223).

“Syarikat penerbangan juga merancang menyaman lelaki itu akibat kerugian dialami selepas penerbangan berkenaan tergendala,” jelasnya.- Agensi/HMetro

PICHIT (kanan) ketika disoal siasat polis di lapangan terbang Don Muang.

PICHIT (kanan) ketika disoal siasat polis di lapangan terbang Don Muang.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan